Dalam kejadian 8.30 malam itu, suspek yang dikenali sebagai Chong Kai Weng dikatakan bersama empat rakannya bertindak membelasah mangsa berusia 26 tahun.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mangsa kemudiannnya dibawa menaiki kenderaan sebelum ditinggalkan di Jalan Intan Baiduri 1/1B dan ditemui orang awam dalam keadaan parah kira-kira 10 malam.
“Mangsa dihantar ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia pada 7 malam, semalam.
Menurut keterangan syed azlan abang sepupu mangsa isteri arwah yang mengandung juga ikut dalam pergelutan ketika suaminya diculik ,akibat daripada cidera kandungan isteri mangsa yang berumur 7 bulan lebih terpaksa dibedah namun keduanya selamat.
Jenazah arwah akan dikebumikan selepas zohor di Jalan Kuching Batu 5, belakang sungai Mas.
13139210_1157919954294265_5546873469235910586_n
Dipetik dari harian metro “Hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai pernah menyamun kedai suspek sebanyak dua kali sebelum ini dan mangsa juga mempunyai rekod jenayah lampau serta dikehendaki polis untuk dua kes curi kenderaan,” katanya.
Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan suspek diminta menghubungi bilik gerakan IPD Sentul di talian 03-4048 2222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.
Zonabioskop.com hadir dengan Nonton Bioskop Online SUBTITLE Indonesia dan juga Download Secara Gratis yukkk Langsung saja klik 2xa
BERITA CINTA | FILM CINTA | ZODIAK CINTA | CERITA CINTA | DUNIA CINTA | CINTA ROMANTIS | FILM ROMANTIS di www.nontoncinta.com




